Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Saturday, January 15, 2011

Episod baru dalam perjalanan hidupku..

2011....permulaan baru dalam hidupku sebagai seorang pengusaha pusat tuisyen. Setelah sekian lama berhasrat untuk membina empayar perniagaan..akhirnya bidang ini yang menepati sasaranku. Walaupun satu bidang yang kecil berbanding perusahaan yang lain..namun aku yakin bidang ini mampu menjana lebih pulangan di dunia dan akhirat.

Pengalaman baru bermula di mana masa tidur semakin kurang..masa makan..masa untuk urus diri sendiri dan keluarga seterusnya masa untuk kerjaya tetapku terpaksa diatur dengan lebih bijak agar tidak mendatangkan masalah yang besar dalam kehidupan seharianku.

Namun segalanya berjalan dengan lancar sehingga kini. Seiring dengan doa sahabat handai..rakan taulan..saudara mara..ahli keluarga..aku berharap bidang yang kuceburi ini mampu bertahan lama. Berkat usaha dan seterusnya restu dari Yang Maha Esa.

Terima kasih buat rakan2 yang banyak membantu memberi sokongan mental...nasihat..tunjuk ajar..dan sokongan moral...jasa baik kalian hanya Tuhan yang dapat membalasnya.