Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Sunday, April 17, 2011

Semalam yang indah...

Dlm kekalutan menyelesaikan rutin hidup yg semakin padat...aku akhirnya berjaya mencuri masa utk bertemu sahabat lama yg dirindui..(hehehe..feeling le plak).Tepat jam 7.18 p.m.(16 April 2011)...tiba di tempat yg dijanjikan.
Sebenarnya..sebaik melangkah masuk kereta memulakan perjalanan selama 45 minit..hati aku dh terasa debarannya. Mujurlah hubby faham.
21 tahun..tempoh yg bkn singkat.

"Boleh x u singgah mana2

sekejap..i nak beli something for her". Hubby yg memahami, terus memberhentikan kereta di sebuah kedai. Setelah puas membelek, akhirnya dapat lah sesuatu yg x seberapa nilainya.
"Bukan nilai barang tu yg jadi ukuran, tapi nilai persahabatan between u n her", itulah kata2 dr hubby tika kami hampir smpai ke destinasi.

Sebaik melangkah turun dr kereta, debaran semakin kuat ku rasakan. Kaki ku melangkah anak tangga sambil mata mencari2 di manakah dia. Sejurus mata ku menangkap susuk tubuh yg duduk di sebuah meja ditemani dua orang rakan lama. Apa lagi..tak dapat kubayangkan perasaan tika itu..saat kami berpelukan..air mata ku hampir menitis kegembiraan..Lama kami berpelukan, melepaskan kerinduan.

Kami berborak sambil sesekali 'snap' beberapa keping gambar. Perbualan disulami tawa riang di antara kami (Azwati dan Asni..thanx to both of u too). Kurasakan masa terlalu pantas apabila seorang demi seorang rakan minta diri utk pulang.

Namun..seperti memahami hati masing2..perbualan antara kami berdua bersambung lagi di bilik hotel tempat mereka sekeluarga menginap

. Bermacam2 perkara yg dibualkan. Mujurlah hubby masing2 memahami. Lewat jam 9.30 malam..aku minta diri utk pulang, wpun rasa ingin bersamanya sehingga ke pagi.

Setelah bergambar dan bertukar2 cenderahati, akhirnya kami berpelukan lagi dan berjanji akan bertemu lagi andai diizinkan Tuhan. Moga persahabatan kita akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Buat teman teristimewaku..Asmarbaya Ahmad Shahrunizar dan suami Helmy Rusly
Walaupun jauh di mata..kalian tetap kuingati..dulu dan kini.

No comments: