Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Thursday, April 14, 2011

Suka bersulam luka...

Nak kata aku ni jenis sensitif sangat, rasanya tidak. Aku ni suka happy2. Tapi bila terluka, aku ckup terasa.
Pagi ni, aku berurusan dgn Ketua Jabatan (KJ)atas dasar tugas yang memerlukan kos. Projek harus diteruskan. Tapi aku tgk KJ mcm hangin je bila aku tanya pasal kos. Bkn aku minta duit dia pun. Tapi bila KJ dah bla..bla..bla.. x tentu pasal, aku pun nk naik hangin le gak.
So, aku pun ckp pada KJ, "saya cuma tanya duit dh ada ke, kalo dh ada, nanti beri pada Bendahari, sbb selama ni sy yg buat keja bendahari tu, so, lepas ni bendahari sila lah buat keja sendiri" Lepas tu aku pun blah dari situ dgn muka yg tersangat kelat. Bila seorang rakan dtg menghampiri aku, x semena2 aku rasa nk 'hujan'. Tapi aku tahan je...kaver line la..sedih plak rasanya, sebab selalu kita ni lah yg disuruh itu ini. Tapi bila tiba time KJ hangin, aku (hamba yg x bersalah) ni plak tempat dia lepaskan hangin.

Tak lama lepas tu, waktu aku lalu depan KJ (bkn aku sengaja pun)..KJ panggil aku. Masa tu rasa nk buat2 x dengar je. Tapi, aku toleh gak. KJ panggil lagi , so aku pun pergi lah. KJ hulurkan sekeping note 100. aku tanya, duit sape, KJ kata duit dia sendiri. Aku bkn nk duit dia tu, aku nk dia ambil tindakan sepatutnya utk keluarkan kos perbelanjaan dari akaun yg sepatutnya. Tapi biasa la ...bla..bla..bla....aku pun mula nk keras skit suara. Last2 KJ kata..saya pening dgn sume ni (sambil tgn dia mengusap bahu aku) tanda sory la kot. Aku pun jwb, 'saya pun pening gak'.

Then aku pun blah dari situ dgn membawa note 100 tu utk diserah kepada Bendahari. Aku ckp pd B/hari..lepas ni ko urus la bahagian ko, aku dh wat keja ko sebelum ni..so now, aku dh maleh nk tlg wat keja org..(lain la kalo dihargai). Keja aku pun melambak lagi ni.

Tapi betul la..dalam keras2 aku ni...rasa sedih tu tetap ada. sebab aku ni jenis x kisah nk tolong org. Tapi bila aku jadi sebaliknya, aku yg sedih. Bila aku cite pada teamwork aku, depa suruh aku bersabar je.

Haruskah aku bersabar lagi...

No comments: