Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Thursday, May 19, 2011

Tak Nak Hadiah...

Pagi ni ada la majlis penutup minggu Matematik. Semua murid yg menang aktiviti pertandingan diberikan hadiah. Cantik..berbalut kemas hadiahnya. Tahniah buat team yg telah menjalankan tugas anda wpun sibuk dgn aktiviti sukan.

Semua murid yg dpt hadiah..memang le seronok.

Alkisahnye..lepas perhimpunan pagi tadi..aku pun masuk la ke kelas tahun 3 (waktu PJK). Saja la nk bagi 'kembang' budak2 yg baru dapat hadiah td tu..aku puji la..sambil minta nk tengok hadiah apa yg diaorang dapat.

Murid 1 - Mana ada hadiah cikgu..saya dah bagi kt kawan.
Murid 2 - A'ah, cikgu..dia jual hadiah dia kt saya.
CZ - Laa..nape jual lak hadiah tu?
Murid 1 - Depa kata wrna pink mcm pompuan..x nak la saya
CZ - Habis tu..berapa ringgit awak jual?
Murid 2 - Dia jual kata saya 50sen, cikgu
CZ - Awak ni..murahnya..cikgu awak beli dua tiga ringgit..awak jual 50 sen aje..nape tak simpan je. Apa nk malunye kalo kaler pink pun..tak nak..bak sini cikgu ambil balik..cikgu suka benda2 cmni

Murid tersebut menunjukkan hadiah tadi kepada aku. Aku belek2 (buku nota dan pen yg dilekat pd pelapik) hadiah yg comel tu. Kemudian aku ambil pen dan catat sesuatu di muka surat pertama buku nota itu.

Murid2 lain berkerumun nak tgk apa aku tulis.

"Syakir...cikgu ucapkan selamat maju jaya untuk awak..semoga awak berjaya dalam peperiksaan minggu depan.." Aku catat nama ku di akhir catatan ku itu dan tandatangan.

Aku pasangkan tali pd lubang yg disediakan untuk menggantung dan bertanya pd budak itu.."Nak tak?"

Terus budak tu ambik semula hadiah tu dan menggantung di lehernya. Sambil bersuara, "Ooiii..cikgu tulis autograf la kt hadiah aku" (dengan bangga menayang hadiah yg tergantung di lehernya itu)

Kemudian datang murid yg juga dapat hadiah yg sama..."Cikgu, tulis la untuk saya pulak"

Dengan senang hati aku menulis pula di buku nota hadiahnya itu..tapi kata2 perangsang yg lain pula. Seronok betul mereka.

Di kantin..aku menceritakan peristiwa itu kpd beberapa rakan yg ada di situ dan meminta mereka turut menulis di dalam buku2 budak2 tersebut sebab kelihatannya hadiah itu masih tergantung di leher mereka sehingga waktu rehat.

Nahh!! Hadiah yg pada mulanya dianggap tidak bernilai..akhirnya menjadi teramat berharga hanya kerana sebaris kata2 dan lakaran indah drp seorang bernama guru.

Tau pulak takut!!

Di bilik kecemasan:

Di sebuah katil...kelihatan seorang pesakit sedang berbaring manakala berhampirannya..2-3 orang polis sedang berkawal. Ishh..apa kes lak ni?

Kuintai2 pesakit tersebut. Kecederaan parah kah? Kenapa polis sibuk bercakap sesuatu dgnnya? Lama kucuba untuk melihat dgn lebih jelas apa sebenarnya. Hati meronta2 nak tau apa yg berlaku. (Detektif Zack la katakan)

Mana tangan pesakit ni? Kudung tangan ke? Kemudian kudengar seorang drp pegawai polis itu berkata kepadanya, "Takut??"

Selepas selesai seorang doktor memberi rawatan kepadanya, pesakit itu pun diarahkan bangun untuk tujuan apa seterusnya, aku pun tak tau. Mata ku tidak lepas dari memerhatikannya.

Ooooo...bergari rupanya..sebaik saja dia berdiri untuk berjalan keluar. Gaya mcm sawan pun ada. Terkejang2 kakinya nk berjalan. Seorang drp pegawai polis itu menegurnya.."Apa mengada2 ni..jalan la elok2"

Rupa2nya..pesakit td baru ditahan oleh pihak polis. Sebab apa? Aku pun tak tau. Tapi bila teringat perkataan 'takut' td..aku tersenyum di dalam hati. Buat salah tak takut. Dah kena gari, baru rasa takut?

Aku?? Memang takut nk dekat2 dgn org mcm tu...
Selamat bermalam di lokap wahai penakut.

Tak reti bahasa 'siren'

Budak kecik pun tau..kalau bunyi siren.."ke tepi..ke tepi..ke tepi.." (cara Usop Wilca)

Tapi hari ni...masa dalam ambulans..sempat la aku jenguk kat cermin depan..siren dok berbunyi ni..tapi ada gak lori yg x reti bahasa. Buat tak tau je. Menyumpah2 dalam hati ni.

Agaknya..drebar tu pekak kot. Kalau la aku yg bawa ambulans tu...aku hon je kuat2..geram tull..@##$%$^%

Kuatkan semangat wahai teman...

Usai bersarapan di kantin bersama seorang teman, aku menuju ke bilik guru. Kelihatan beberapa rakan sedang mengerumuni seorang guru. Sekadar menjengah, aku bertanya apa yg berlaku sambil melangkah dengan hasrat untuk turut serta.

Kulihat seorang rakan sedang menangis. Aku mengambil tempat di sisinya dan bertanya kenapa. Rupanya stress tahap kritikal. Keadaannya yg tidak bermaya, menangis, meraung, meratap, mengeluh dan seolah2 hilang kawalan diri.

Aku dan beberapa rakan cuba untuk tenangkan dirinya. Namun, tidak memberi kesan. Airmataku turut gugur melihatkan keadaan dirinya. Akhirnya, kata sepakat diambil untuk membawanya ke klinik.

Aku dan Ita menawarkan diri untuk membawanya ke klinik memandangkan kami 'free' waktu itu. Situasi sama berlaku ketika di klinik. Nampaknya dia memang hilang kawalan diri. Kehadiran suaminya juga tidak memberi kesan terhadap tekanan yg hebat yg terpaksa dilaluinya. Puas kami cuba tenangkannya dan suruh bersabar, beristighfar byk2. Namun hanya dia sendiri tahu betapa beratnya beban yg terpaksa dipikul.

Doktor menyatakan yg dia perlu dibawa ke hospital utk dirujuk ke pakar psikiatri. Maka, aku dan Ita pun turut serta bersamanya ke hospital. Di dalam ambulans, tanganku digenggam erat olehnya menjelaskan betapa berat tekanan yg harus dilawannya. Kami cuba menenangkannya.

Tiba di hospital, proses rawatan pun bermula. Aku dan Ita cuba untuk buat dia rasa lebih tenang sementara menunggu doktor. Setelah dibawa berjumpa pakar psikiatri, kulihat ketegangan di wajahnya semakin berkurang.

Aku dan Ita turut ditemuramah oleh doktor bg mendapatkan maklumat dari rakan2. Kemudian, suaminya pula. Pertama kali kulihat airmata seorang suami yg menitis di atas kesengsaraan seorang isteri. Mungkin terlalu dalam cinta terhadap isteri sehingga dapat merasakan beban yg membuatkan isterinya tertekan.

Inilah episod kesengsaraan rakanku yg baru mendaftar sbg pelajar PJJ. Begitu hebat tekanan yg dilaluinya. Keupayaan manusia tidak sama dalam menghadapi tekanan2 dlm meneruskan kehidupan. Pesananku terhadapnya.."Setiap orang akan melalui beberapa fasa dlm hidup ini. Apa yg dilalui sekarang adalah fasa paling menyakitkan dalam hidupmu untuk mengajarmu erti ketabahan, kekuatan dan kesabaran...tapi hari esok..fasa baru akan bermula dalam episod hidupmu"

Buat diriku jua...fikirkanlah sama ada untuk mengorbankan kebahagiaan sekarang semata2 untuk kebahagiaan yg belum pasti..atau melepaskan kesengsaraan yg bakal ditempuhi demi kebahagiaan yg hakiki...

Migrain datang lagi...

Dah lama rasanya tak kena migrain. Sabtu lepas terjadi serangan pertama untuk tahun 2011 ini. Sakit teramat sangat di bahagian sebelah kanan. Rasa mcm ditebuk2. Tekak rasa meloya. As usual, kepala kuikat dengan kain utk menahan kesakitan.
Akhirnya, dah tak tertahan lagi, ubat pun dah habis, hubby membawa ke klinik. Nahh..kena satu jarum. Rasa tak berpijak di bumi. Kesan ubat buatkan aku berada di awang2an.
Hari Ahad..baru ada sedikit kelegaan. Kesan dari kesakitan masih berbaki. Namun kugagahkan jua menghantar anak balik ke asrama. Terasa begitu lesu akibat menahan kesakitan semalam yg teramat perit yg sukar utk diluahkan.
Kini, tunggu kelegaan batuk pula. Dah seminggu, kegatalan tekak mengganggu tidur.

Wednesday, May 11, 2011

Katak 'serrroouundd'...

Teringat cite seorang rakan...bagaimana seorang pensyarah menegur student nyer yg sibuk nk balik bercuti awal. Rata2 studentnyer dh berumur dan berkeluarga.

Pensyarah membuat cth kisah katak yg berbunyi pd waktu malam..
Katak jantan: serroounndd..serouunndddd...serrrounnddd..
Katak betina: wait..wait..wait..

Maka bersahutan lah katak2 jantan dan betina ni...
'serrrounndd...wait..wait..serroounnddd..wait..wait.."

Kita lak manusia ni..patut ikut cth katak ni..bersabar byk2 ye wahai para suami..hehehe

Monday, May 9, 2011

Sembang Pendidik...

Naluri orang perempuan...(di tempat kerja) tak sah kalau tak sembang pasal katalog, kain tudung, gelang kecik gelang besar, pasal suami dan anak2. Tapi yg bestnyer..bila mula je salah satu topik di atas, maka akan keluar lagi byk topik yg kadang2 berkait rapat, kadang2 x de kena mengena pun. Asal boleh dijadikan modal utk bersembang. memang kreatif org pompuan ni..

Bila bersembang, nmpak mcm org pompuan ni materialistik je. Ye lah..sume pasal benda2 yang menggunakan duit je. Tapi..yang bagusnyer, maklumat yg disampaikan memang up to date. Harga emas 916 di pasaran sekarang, tanya la org pompuan. (aku je tak tau) Tercengang2 le jugak bila org sebut pasal harga2 emas ni. Ye lah..org lain beli emas berbelas ribu..aku ni..kalau ada yg lg murah..tu je pun jadik.

Dalam dok bersembang ni..kalau dh nama nya 'cikgu'...keluar la topik apa pun..last2 kisah anak murid gak yg jadi topik hangat. Guru dan murid memang tak boleh dipisahkan.

Baru2 ni..sekumpulan cikgu pompuan (termasuk la aku) berborak la tentang topik2 di atas tadi. Masuk lak topik murid tak siap kerja, tak bawa buku, jawab soalan tah apa2 dan mcm2 lagi lah. Ada la pulak sorang cikgu ni bercerita mcm mana dia gertak murid2 yg bermasalah ni. Katanya, "aku..senang jer..ckp kt budak2 tu..kalau tak siap kerja, cikgu sumpah awak jadi KAD KREDIT, tak bawa buku..sumpah awak jadi EMAS, PETI SEJUK, MESIN BASUH, KERETA MERCEDES..."

Kami yg mendengar ni..tergelak dibuatnyer..patut la kt kelas dia budak semakin kurang..rupa2nye dia dh angkut bw balik rumah.

Kesimpulannya..org pompuan tetap tak boleh dipisahkan dengan kekayaan....dan cikgu tetap tak boleh dipisahkan dari anak murid wpun dh jadi barang kemas...hehehehe...

Hari Guru datang lagi...

16 Mei..bakal tiba lagi.
Setiap tahun, seperti biasa di mana2 sekolah pun..guru-guru jugak lah yg sibuk menguruskan hari mereka sendiri. Macam syok sendiri je.

Seperti biasa juga, adalah suara2 yg berbunyi, "Hari Guru tahun ni, mcm tahun lepas gak ke sambutan nya?" Kalau mcm tahun lepas, tak payah la sambut.

Mana tidaknya, setiap tahun, acara yang sama disajikan..Perhimpunan, Membacakan Perutusan Menteri2..menyanyi lagu Guru Malaysia..kemudian acara sukaneka. Lepas rehat, guru-guru (yg berpeluh ketiak ni)masuk kelas mengajar seperti biasa. Setelah murid2 balik, ada la jamuan makan dan acara tukar2 hadiah antara guru2.

Tak rasa mcm Hari Guru pun. Sebab tak sampai satu hari guru2 diraikan. Memang la tugas guru mendidik dan berkorban demi anak bangsa. Tapi lazimnya sebagai manusia biasa.. sesiapapun ingin dihargai. Jadi, mengapa satu hari yang diperuntukkan sempena Hari Guru ini tidak menjadi hari yang akan dikenang oleh para guru. Sekurang2nya, tidak lah terasa penat lelah walaupun hanya sehari diberi utk bergembira.

Selamat Hari Guru...buat semua rakan2 yg bersusah payah demi anak bangsa.
Marilah kita cipta suatu yang baru di hari guru tahun 2011 ini..amacam??

Mami Jarum kantoi...

Kata org kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan merana. Pepatah ni memang kena lah sangat dengan seorang 'Mami Jarum' kat s*&^% ni. Mana tak nya, selama ni seronok sangat menjaja cerita orang..sampai cerita dalam kain pun nk dijadikan isu.

Last year aku dh bagi sebijik..tp tak faham bahasa rupanya. Tahun ni tak berubah jugak perangainya. Aku masih ingat lagi masa tu..(kami berjiran) MJ ni beriya2 tanya pada aku, "Eh, ko tak tau ke org belakang rumah kita tu, duduk serumah selama ni bukan laki dia?" Aku jawab sikit je, "Saya, kak, benda2 camtu tak ingin saya nk menyibuk." Dia boleh marah balik aku, "Oii..duduk berjiran kena la ambik tau." Aku pun balas sampai dia terdiam, "Kak, ambik tau tu tak salah, tapi kalau cerita sejengkal nak dijadikan sedepa, dah tu siap canang lagi kat orang, nak buat pe!!"

Sejak dari itu, tak berani dia nk bergosip2 dengan aku.

Tahun ni, buat hal lagi. Kebetulan cerita yg dicanang tu kena pada kawan baik aku..Apa lagi, aku pun mengorak langkah la (Detektif Zack).

Haa..ko jumpa pulak aku nak minta tolong selamatkan ko dari kena saman fitnah. Minta ampun byk2 ye...bkn aku tak nak tolong..tapi aku memang tak hingin nak tolong pun. Ko tanggung la sendiri. Susah2 sgt ko buang je mulut ko tu. Ko gak yg kata mulut ko tu jahat kan. Apa lagi, buang je la ke dalam longkang.

Baru kena buku dengan ruas. Lepas ni jaga sikit mulut tu ye. Bagi ilmu kat budak2 lagi bagus.

Wednesday, May 4, 2011

Mozilla vs Mozarella..

Kelakar ada..nk tergelak pun ada...terpinga2 pun ada...

Seorang guru (agak veteran) wanita begitu rancak berkongsi ilmu pengetahuan. Kami yg muda2..(cewah..muda la sangat) kusyuk mendengar. Dari segi umur dan ketrampilan..mmg nmpak la kesenioran nya. Sedang asyik bercerita tentang ICT..
Puan A (bukan nama sebenar) memberitahu kami (guru-guru yang muda skit je drp dia), "Kalau nk buka internet, jangan guna Internet Explorer, lambat dan selalu tersekat2, baik guna MOZARELLA FIREFOX, laju je, x de sangkut2." (dengan penuh konfidennya)

Aku yg kusyuk mengadap muka dia semasa dia sibuk bercerita, terhenti menelan mee goreng yg sdg dikunyah.

Balik rumah, aku bertekad nk cari mn dia mozarella yg dimaksudkan.
Lepas ni kalau nk masak pizza kena la aku cari Mozilla plak..kt mn ye..

Monday, May 2, 2011

SAPS vs SISPOL

Pagi ni...tepat jam 8:40 pagi..dapat panggilan telefon dr PPD. Besok aku kena pergi taklimat peperiksaan di PKG dari pukul 8 sampai 5 ptg. Antara dengar dengan tidak sbb aku masih di padang, so x de pe di tangan utk dijadikan catatan. Lantas aku ke pejabat utk menelefon En Shahid bhg peperiksaan di PPD.
Dari penerangan beliau aku sebagai SU Peperiksaan akan ditaklimatkan tentang sistem peperiksaan utk tahun 1.
Konfius....(aku bkn cikgu thn 1)
Selesai breakfast, aku buka portal JPN Perak. Ada bebrapa maklumat tentang sistem peperiksaan yang terkini iaitu SAPS. Aku pun terus download Manual Pengguna utk dijadikan rujukan semasa taklimat besok...Sedar x sedar..rupanya sistem baru ni lah yg akan digunapakai bagi sistem peperiksaan negeri Perak..selaras dengan KPM. Baru aku tau...nasib baik la buka portal..kalo x ketinggalan jugak..