Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Monday, May 9, 2011

Mami Jarum kantoi...

Kata org kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan merana. Pepatah ni memang kena lah sangat dengan seorang 'Mami Jarum' kat s*&^% ni. Mana tak nya, selama ni seronok sangat menjaja cerita orang..sampai cerita dalam kain pun nk dijadikan isu.

Last year aku dh bagi sebijik..tp tak faham bahasa rupanya. Tahun ni tak berubah jugak perangainya. Aku masih ingat lagi masa tu..(kami berjiran) MJ ni beriya2 tanya pada aku, "Eh, ko tak tau ke org belakang rumah kita tu, duduk serumah selama ni bukan laki dia?" Aku jawab sikit je, "Saya, kak, benda2 camtu tak ingin saya nk menyibuk." Dia boleh marah balik aku, "Oii..duduk berjiran kena la ambik tau." Aku pun balas sampai dia terdiam, "Kak, ambik tau tu tak salah, tapi kalau cerita sejengkal nak dijadikan sedepa, dah tu siap canang lagi kat orang, nak buat pe!!"

Sejak dari itu, tak berani dia nk bergosip2 dengan aku.

Tahun ni, buat hal lagi. Kebetulan cerita yg dicanang tu kena pada kawan baik aku..Apa lagi, aku pun mengorak langkah la (Detektif Zack).

Haa..ko jumpa pulak aku nak minta tolong selamatkan ko dari kena saman fitnah. Minta ampun byk2 ye...bkn aku tak nak tolong..tapi aku memang tak hingin nak tolong pun. Ko tanggung la sendiri. Susah2 sgt ko buang je mulut ko tu. Ko gak yg kata mulut ko tu jahat kan. Apa lagi, buang je la ke dalam longkang.

Baru kena buku dengan ruas. Lepas ni jaga sikit mulut tu ye. Bagi ilmu kat budak2 lagi bagus.

No comments: