Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Thursday, May 19, 2011

Tak Nak Hadiah...

Pagi ni ada la majlis penutup minggu Matematik. Semua murid yg menang aktiviti pertandingan diberikan hadiah. Cantik..berbalut kemas hadiahnya. Tahniah buat team yg telah menjalankan tugas anda wpun sibuk dgn aktiviti sukan.

Semua murid yg dpt hadiah..memang le seronok.

Alkisahnye..lepas perhimpunan pagi tadi..aku pun masuk la ke kelas tahun 3 (waktu PJK). Saja la nk bagi 'kembang' budak2 yg baru dapat hadiah td tu..aku puji la..sambil minta nk tengok hadiah apa yg diaorang dapat.

Murid 1 - Mana ada hadiah cikgu..saya dah bagi kt kawan.
Murid 2 - A'ah, cikgu..dia jual hadiah dia kt saya.
CZ - Laa..nape jual lak hadiah tu?
Murid 1 - Depa kata wrna pink mcm pompuan..x nak la saya
CZ - Habis tu..berapa ringgit awak jual?
Murid 2 - Dia jual kata saya 50sen, cikgu
CZ - Awak ni..murahnya..cikgu awak beli dua tiga ringgit..awak jual 50 sen aje..nape tak simpan je. Apa nk malunye kalo kaler pink pun..tak nak..bak sini cikgu ambil balik..cikgu suka benda2 cmni

Murid tersebut menunjukkan hadiah tadi kepada aku. Aku belek2 (buku nota dan pen yg dilekat pd pelapik) hadiah yg comel tu. Kemudian aku ambil pen dan catat sesuatu di muka surat pertama buku nota itu.

Murid2 lain berkerumun nak tgk apa aku tulis.

"Syakir...cikgu ucapkan selamat maju jaya untuk awak..semoga awak berjaya dalam peperiksaan minggu depan.." Aku catat nama ku di akhir catatan ku itu dan tandatangan.

Aku pasangkan tali pd lubang yg disediakan untuk menggantung dan bertanya pd budak itu.."Nak tak?"

Terus budak tu ambik semula hadiah tu dan menggantung di lehernya. Sambil bersuara, "Ooiii..cikgu tulis autograf la kt hadiah aku" (dengan bangga menayang hadiah yg tergantung di lehernya itu)

Kemudian datang murid yg juga dapat hadiah yg sama..."Cikgu, tulis la untuk saya pulak"

Dengan senang hati aku menulis pula di buku nota hadiahnya itu..tapi kata2 perangsang yg lain pula. Seronok betul mereka.

Di kantin..aku menceritakan peristiwa itu kpd beberapa rakan yg ada di situ dan meminta mereka turut menulis di dalam buku2 budak2 tersebut sebab kelihatannya hadiah itu masih tergantung di leher mereka sehingga waktu rehat.

Nahh!! Hadiah yg pada mulanya dianggap tidak bernilai..akhirnya menjadi teramat berharga hanya kerana sebaris kata2 dan lakaran indah drp seorang bernama guru.

No comments: