Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Friday, June 3, 2011

Berbuat baik sesama insan...

Semalam, pergi la ke bank sbb nk bank-in duit. Mcm biasa, ambik nombor dan tunggu giliran. Rasa2nya dalam 3-4 org lagi ni baru turn aku.

Tiba2 nampak la seorang rakan hubby turut sama di dalam bank tersebut. Aku pun senyum bila dia senyum kt aku. Tangan aku tak lepas2 pegang kuat2 beg yg berisi sejumlah duit.

Sambil berlalu keluar (dah selesai agaknya) rakan hubby td tanya pada aku. nombor berapa? aku pun tunjuk kan nombor yg aku dapat..1058.

Terus dia hulurkan nombor di tangannya (1054). Aku pun ambil sambil ucapkan terima kasih. Dia pun berlalu keluar bersama2 isterinya.

Masa tu terus aku teringat sebulan yang lepas. Peristiwa yg sama berlaku di bank yg sama. Waktu tu aku terambil 2 nombor. Tak lama lepas tu duduk seorang ibu hamil di sebelah aku menunggu giliran. Lalu aku berikan nombor aku yg kedua kepada ibu muda tersebut sebab aku lihat nombor gilirannya jauh lagi. Dia senyum dan ucapkan terima kasih.

Terdetik di fikiran aku..hukum karma...buat baik dibalas baik.

No comments: