Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Sunday, July 3, 2011

Pahit manis Kem UPSR 2011

Alhamdulillah...selesai sudah aktiviti kemuncak tahun 6 bagi tahun ini.
Walaupun keletihan dan rasa nak demam pun ada...tapi bila sume tugas beres, pe yg dirancang berjalan dgn lancar..semangat masih lagi kuat.

Terima kasih kepada semua tonggak Kem UPSR especially Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Pendidikan Islam yang terangkum bersama2 Unit Kecemerlangan UPSR.

Kem selama 3 hari 2 malam membuktikan kerjasama erat di kalangan guru2, staf2 dan murid2 masih kuat di SKS ini. Daripada tugas mendaftarkan murid2, menyusun penginapan, membahagi kumpulan dan fasilitator, memasak di dapur beramai2, memeriahkan aktiviti riadah, menyemarakkan nilai kerohanian dan segala2nya yang telah dikongsi bersama begitu terkesan di hati.

Walaupun ada juga yang terluka di hati..tercuka di bibir..tersadung di kaki..tertegang di leher....itu smua lumrah bagi mencipta kenangan sama ada manis mahupun kurang manis.

Namun kemeriahan lebih dirasai daripada keresahan. Kegembiraan dikongsi lebih daripada kedukaan. Kesakitan diubati dengan kesabaran.

Segala2nya penuh kemanisan walaupun ada yang terpalit kepahitan.
Terima kasih semua.

Semoga kepenatan..kepayahan..kecekalan..kegigihan..yang diusahakan bersama ini bakal mencipta satu kegemilangan pada tahun 2011 ini. Amin.

Good Luck UPSR 2011