Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Monday, October 3, 2011

Komputer Rosak Ke??

9:40 a.m. masuk kelas th3 (kelas hujung) utk ajar Pend Kesihatan selama 30 minit. Minggu lepas dah ajar tentang penyalahgunaan bahan (dadah, alkohol, rokok).

Minggu ini ingat nk ajak budak2 ni layan satu iklan tentang kempen anti merokok. Cadangnya lepas budak2 ni layan iklan ni, nk suruh depa ni lakonkan semula watak2 dalam iklan tu dgn gaya sendiri.

So, bawa lah budak2 yg seramai 15 orang ni masuk makmal komputer. Dengan anggapan depa ni pandai layan internet, cikgu pun suruh la on komputer dan cari iklan yg cikgu cakapkan tu.

Ada yg komputer nya ok, blh terus dpt layan internet. Tapi ada gak yg lambat sbb server slow.

Dalam ramai2 yg mencuba ni..ada lah sorang murid ni. Dari td asyik panggil2 cikgu. Katanya, "Cikgu, komputer ni rosak la.." Cikgu nya heran gak sbb tanya pada technician, 1-2 je yg x blh guna dan tlh dikenalpasti pun. Cikgu pun pergi la kt murid trsebut nk tgk pe yg rosak.

Memang la tak mau sayang oii...dh tak on suisnya...(sambil tgn cikgu menekan suis). Budak tu muka selamba mcm x bersalah jer...aduuuu...

No comments: