Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Sunday, October 19, 2014

Pilihan di tangan kita...

Pilihan di tangan kita. Betul lah topik tu. Kita berhak membuat pilihan. Tapi sejauh mana pilihan kita itu mendatangkan kebaikan kepada kita? Itulah fungsinya akal. Kita diberi akal, naluri dan perasaan untuk menimbal-balik keputusan yang kita buat. Namun, sebagai insan adakalanya kita tersalah membuat pilihan. Mungkin akal tidak cukup berfikir..atau mungkin naluri kuat mengatakan inilah pilihan yang tepat walaupun akal menafikannya. Maka perasaan pun bercampur-baur untuk memilih sama ada mengikut akal atau naluri. Namun begitu, segalanya akan menjadi lebih baik sekiranya akal, naluri dan perasaan bergerak seiring dalam menentukan pilihan yang tepat. Selebihnya kita berserah kepada Yang Maha Kuasa. Sebagai insan biasa, naluri dan perasaan banyak mempengaruhi akal dalam membuat keputusan. Adakalnya baik, adakalanya kita sendiri terperangkap dengan keputusan yang kita buat.