Catatan Myazarra

Catatan Myazarra

Wednesday, April 20, 2016

15 Cara Memupuk Kepercayaan Terhadap Pasangan



Masalah memang akan selalu ada dalam sebuah perhubungan. Namun kita boleh memikirkan cara yang sesuai untuk meminimakan masalah tersebut walaupun tidak dapat menghindari sepenuhnya. Bila anda bermasalah dengan pasangan anda, cubalah tips berikut:
1.   Konsisten
Bila anda berdua telah bersetuju/ bersepakat atas sesuatu perkara, maka patuhlah kepada kesepakatan itu.
2. Tepat waktu
Cuba untuk menepati waktu bila anda telah menetapkan sesuatu perancangan bersama pasangan bagi mengelakkan pasangan menunggu lama.
3. Kotakan apa yang telah dijanjikan
Jika anda telah berjanji untuk berubah ke arah yang lebih baik, lakukan segera.
4. Jangan berbohong
Walau sekecil mana pun pembohongan, adalah lebih baik hindarkan sifat berbohong sama ada pada pasangan atau orang lain.
5. Bersikap adil
Ketika sedang bertengkar sekalipun, berusahalah untuk berlaku adil terhadap pasangan.
6. Peka terhadap perasaan pasangan
Anda mungkin tidak bersetuju dengan pendapat atau sikap pasangan, namun cubalah untuk menghargai perasaannya.
7. Menelefon pasangan pada waktu yang dijanji
Sesibuk mana pun anda, cubalah untuk menelefon pasangan pada waktu yang telah anda janjikan padanya.
8. Maklumkan anda lewat pulang
Tidak ada sesiapa pun yang akan tenang sekiranya menunggu tanpa kepastian. Maka, adalah lebih baik anda maklumkan kepada pasangan anda sekiranya anda ada urusan yang perlu diselesaikan.
9. Berbahagi tugas rumahtangga seadil mungkin
Agihkan tugas dalam mengurus rumahtangga sebaik mungkin bagi mengelakkan salah seorang berasa terbeban seorang.
10. Bertindakbalas dengan wajar
Apabila terjadi masalah atau harapan anda tidak tercapai, bertindakbalas dengan cara yang wajar, bukan mengikut emosi yang keterlaluan.
11. Hati-hati saat bicara
Hindari kata-kata yang akan membuat anda menyesal di kemudian hari kerana kata-kata yang telah diluahkan sukar untuk ditarik balik.
12. Jangan menggali luka lama
Mungkin pasangan memang pernah lakukan kesalahan besar pada anda,  tetapi apabila anda sudah memaafkan dia dan pasangan sudah menebus kesalahannya, jangan diungkit lagi perkara itu.
13. Hargai privasi
Pasangan mungkin sudah menetapkan batasan-batasan yang tidak boleh anda langgar. Maka, taati dan hargai privasinya. 
14. Lupakan cemburu
Masalah yang satu ini kerap terjadi apabila melibatkan orang ketiga, malahan pertengkaran kecil boleh menjadi besar disebabkan cemburu ini. Kalau dia memang memberikan seluruh cinta dan hatinya pada anda, mengapa anda harus cemburu berlebihan? Boleh juga terjadi dia akan benar-benar curang akibat anda tidak percaya kepadanya.
15. Jadi pendengar yang baik
Bukan hanya anda yang ada masalah dan ingin mengeluh,  pasangan pun demikian. Jadi, berilah kesempatan untuk dia  mencurahkan kegusarannya dan jadilah pendengar yang baik, tetapi bukan untuk menghakiminya.

Sunday, April 17, 2016

NAFKAH


Bersusah payah dalam mencari nafkah. 
Berbicara tentang nafkah..dah tentulah fokus utama ditujukan adalah kepada para suami kerana suami yang dipertanggungjawabkan dalam hal pemberian nafkah. Tak pernah lagi dengar isteri yang bertanggungjawab membantu memberi nafkah bagi pihak suami. Namun trend masa kini, kebanyakan isteri dengan rela atau terpaksa tetap membantu suami menyempurnakan nafkah yang tidak mampu disediakan oleh suami.

Berbicara tentang kemampuan, adakah suami benar-benar tidak mampu, atau tidak berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan nafkah tersebut. Alasan biasa didengari, hidup lah ikut kemampuan yang ada. Boleh kah dalam zaman yang serba mencabar dan memerlukan kos sara hidup yang tinggi manusia hanya berserah kepada cukuplah rezeki yang ada. Bukankah manusia disarankan untuk berusaha dan bersusah payah dalam mencari rezeki seolah-olah akan hidup selamanya.

Kepada para suami...hayatilah maksud sebenar nafkah dan tanggungjawab anda yang sepatutnya anda lunaskan dalam aspek pemberian nafkah. Bukan setakat menyediakan makan minum...malahan halal atau tidak makanan dan minuman yang disediakan, bersih atau tidak, baik atau tidak..cukup atau tidak....semua tertakluk kepada mereka yang memberi nafkah tersebut. Inilah yang dinamakan bersusah payah.

Sekiranya tidak mencukupi...apa yang perlu dilakukan. Sekiranya tidak baik...apa tindakan yang perlu diambil. Selagi makan minum itu akan menjadi darah daging, maka susah payah lah sedikit bagi memastikan ianya mendapat keberkatan dan keredhaan.

Saturday, April 16, 2016

Sambung belajar...

Alhamdulillah...siapa sangka..dah semester 9 aku berada di OUM. Berbaki lagi 3 semester untuk menggenggam segulung ijazah. Sedar tak sedar masa berlalu. Exam...assignment..lecturer..rakan2 seperjuangan...macam angin lalu je melepasi semester demi semester.

Semoga semangat ini akan terus mekar hingga ke akhir pengajian.
2016

Selesai kerja di pejabat, bergegas ke kantin...untuk mengalas perut. Lalu di tepi sebuah kelas, kedengaran seorang guru wanita sedang duduk memerhatikan murid-murid menyiapkan kerja.

Tiba-tiba.."Sape yang dah siap kerja, letak kepala atas meja, kalau tak saya letak meja atas kepala awak nanti".

Tersenyum sendiri sambil teruskan langkah. Dalam hati.."hebat cikgu ni..nak letak meja atas kepala murid..macam incredible hulk...hehehe"



#Kadang-kadang bila difikirkan kenapa murid tidak mengendahkan amaran atau teguran guru, mungkin sebab mereka rasa cikgu akan mengambil tindakan yang tak mungkin akan dilakukan.. seperti letak meja atas kepala.